Thursday, April 29, 2010

DAJJAL

Siapakah Dajjal?

Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?

Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan

Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal

Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:

Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?

Dalam hadis diceritakan:

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?

Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”

Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”

Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Gelaran Al Masih

Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.

Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.

Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi:-

Wednesday, April 28, 2010

Kepada Pengunjung Blog ini

Insya Allah Persatuan Agama Islam akan sentiasa mengupdate blog ini dari masa kesemasa untuk kemanfaatan diri kita dan kami juga akan meletakkan info2 bergambar tentang perjalanan aktiviti Persatuan Agama Islam SMK Yamtuan Radin dalam masa terdekat ini. Insya Allah

HUKUM MELIHAT JENAZAH

Bolehkah kita melihat wajah jenazah yang telah siap sempurna di mandikan dan di solatkan?

Jawapan :

Ya. Harus melihat wajah jenazah yang bersamaan jantina selepas dikafankan sebelum ditanam tetapi tidak harus melihat wajah yang berlainan jantina melainkan mayat mahram.



wallahua'lam

10 TANDA-TANDA KIAMAT BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
Asap,
Dajjal,
Binatang,
terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
Yakjuj dan Makjuj,
tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
sekali di barat dan
yang ketiga di Semenanjung Arab
yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)